SELAMAT MENJAMU MATA DENGAN HASIL TANGAN SAYA YANG SEADANYA..

Monday 31 May 2010

Apa Itu C.I.N.T.A

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu dengan penuh emosi dan gembira kerana itu.
Cinta dapat mengubah debu beralih menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat..
 
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenarnya cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak mudah dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya, gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang..benci..cemburu..gembira..sedih..tenang..tertekan..ketawa dan menangis..Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai yang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. 
.

Sunday 30 May 2010

Deco...Deco...

Salam...
dah byk hari x n3 gambo...peh..dah banyak decoupage yg dah jadi ni...tak sempat nak n3..nak kongsi dgn kekawan smua..sudi2 lah beri komen pada hasil tangan Lina yg tak berapa nak lembut ni..minat punya hal..so lembutkan lah jari jemari ku ini..oklah..meh selayang pandang pada gambo2 ni..zzzzoooommmmm...




ni smua brg lama yg Lina make over dgn decoupage..nampak macam menarik pula bila dah ada corak2 bunga..perasan la ni..hehhehe..
haaa... ni pasu yg Lina dah n3 tempoh hari...cuma bezanya dah ada bunga..teringin pula nak tgk pasu ni berbunga..sebelum ni tak penah ada bunga pasu2 ni..kesian..tak seni lgsung tuan punya pasu ni..apa lagi seraaanngg kedai bunga lah..pakai ketak je bunga dlm pasu ni..lum ada skill menggubah bunga lg ni..sesaper leh tolong Lina...tolongggggg...

Wednesday 26 May 2010

Decoupage lagi....

salam...
dengan semangat yg tgh berkobar2 ni maka byk ler brg dlm umah yg ter make over wajahnya...meh layan gambo decoupage comot Lina ni...zaaassssss...
ni tempurung kelapa yg en suami bawa balik dari Kg Jejawi, Kelantan masa bertugas kat sana..menurut suami sabut kelapa tu di buang dgn gna tgn je...sampai licin...aper pun sori ye en abang...tempurung dah berubah wajah..
  
yang ni pula pasu hadiah pemberian kwn Lina bernama Siti Ruslina masa kahwin (27 Nov 2005)..Lama dah ni..asalnya warna kaca..pun dah di make over..

 

 
ni pasu lama2 kat umah..pun jadi mangsa decoupage ku..huhu..maklum lah tgah mengasah bakat..

Monday 24 May 2010

My Decoupage

Salam..
Hari  ni nak n3 hasil tgn Lina yg tak seberapa..maklum lah baru merangkak2 dlm dunia decoupage..set decoupage ni dah lama beli dgn kak Muna, DIY Decoupage..Mas bagi tisu sbg cth..pastu order pula pada Kak Affeen...tapi ni baru nak jadi hasilnya..Lina nak ucapkan terima kasih kpd semua yg sudi beri tunjuk ajar walaupun tak pernah bersua muka n tak kenal antara1 sama lain tp tetap membantu...tetap reply sms Lina..TQ very much..harap pas ni kita leh jadi kawan pula..Pada mas...jgn hilang sabar dgn i ye..byak sgt soalan yg ditanya..mula2 tu mcm was2 je nak decoupage..bkn aper..takut tak jd..bila dah mula..habis smua brg dlm umah bertukar corak dah..so layan pic comot decoupage Lina ni..cikgu2 Lina smua jauh2...so belasah je buat decoupage ni..huhu...paint yg ada pun x seberapa..Lina cuma ada warna2 asas jer..lg la nampak kusamnyer...

ni 1st decoupage kat pintu almari tempat letak TV..
Signage ni tulisannya comot ckit..masa tgh nulis hero dtg kacau..huhu..pasni nak try lagi..
 yg ni pula xada idea sgt nak buh corak2..so nampak kosong je..

ni gna lapik kek..hantam jer..janji leh decoupage..

Thursday 20 May 2010

PANDUAN MNEGEMBANGKAN SIFAT SABAR


  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
  14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
  15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Wednesday 19 May 2010

Family Day

Sambutan Hari Keluarga Pejabat  pada 8 &9 Mei yg lalu kat Port Dicson..Nasib baik cuti hubby lulus.kalau tidak..huhuhu la jawabnya..So meriah la sambutan Birthday & Hari ibu tahun 2010 ni...cuma tak sempat potong kek je...tapi leh cuti2 Malaysia..Honeymoon...Macam2 aktvt ada masa Family day tu....meh tengok gambar sesama erk..zassss....
Putera i ni tgh landing kat katil hotel Corus Paradise, PD

ni acara untuk bebudak dulu.Izzul masuk acara kutip gula2..First time dia masuk acara..terkial2 kutip gula2 yg banyak tu..
 
 
Ni pula aktvt yg Lina & Hubby join..yg tengah beratur panjang tu pertandingan Balingan Manja...balin telur mentah...tgk saper punye yg x pecah & jarak paling jauh..huhu...lina & hubby terkeluar...telur terkena kuku hubby...
Tarik tali tu dapat juara...hahaha...
 
taraaa...antara hadiah2 yg kami sekeluarga dpt...tu aku tgh posing masa ambil hadiah cabutan no bertuah..

Salam Perkenalan

Masih belum terlewat untuk ucap Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di Malaysia ini...Lewat ckit wish pasal baru je join create blog ni..sebenarnya create blog ni untuk deco men-deco & decoupage...disamping mencari kenalan yg sama minat...ini terjadi pun bila terjumpa member lama kat FB..Maslina Idris...so dia lah yg byk bagi tunjuk ajar...TQ Mas...sebelum ni pendam sendiri je keinginan..angan2 mat jenin gitu...rupanya ramai yg sama minat...apa pun harap Lina dapat jumpa ramai kenaalan baru pas ni..
ok lah..sementara decoupage Lina ni belum nak siap lagi Lina nak kongsi pic ni lah dulu...kebetulan tahun ni hari ibu awal ckit so join venture dgn birthday Lina -07 Mei..so nak kongsi la ckit pemberian Hubby tercinta pada Lina tempoh hari..layanz pic....