Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu dengan penuh emosi dan gembira kerana itu.
Cinta dapat mengubah debu beralih menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat..
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenarnya cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak mudah dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya, gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang..benci..cemburu..gembira..sedih..tenang..tertekan..ketawa dan menangis..Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai yang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
.
No comments:
Post a Comment